Bahan-bahan
150gm mentega
150gm gula perang
125gm tepung naik sendiri
25gm serbuk koko
3 biji telur
3 sb susu segar
1st ovallate
1st esen vanilla
Cara-cara membuat kek coklat:-
1. Sediakan loyang pembakar. Panaskan oven kepada 180 darjah C.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga gebu.
3.Setelah kembang dan gebu, tambahkan pula telur sebiji demi sebiji. Pukul sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan ovallate dan pukul lagi hingga sebati.
5. Tambahkan pula susu segar berselang seli dengan tepung dan serbuk koko. Gaul hingga sebati.
6. Setelah sebati, bolehlah dibakar pada suhu 180 darjah C selama 40minit.
Kek dihiasi dengan coklat putih
7. Boleh hias kek ikut citarasa masing-masing.